• #
  • #
  • Sistem Ydata @IYRES
    *Klik pada soalan.

    Sistem Ydata@IYRES merupakan sebuah platform yang menempatkan semua data statistik berkaitan belia melalui kerjasama daripada pemegang taruh pembangunan belia. Data-data yang dikumpulkan ini dibekalkan daripada pelbagai sumber terdiri daripada lain-lain kementerian, jabatan dan agensi yang telah dilantik sebagai focal point.

    i.    Memudahkan capaian data belia dan menjimatkan masa.
    ii.    Mengurangkan kos dan tenaga kerja.
    iii.    Penjanaan laporan data mengikut keperluan pengguna. 
    vi.    Memperoleh maklumat data yang terkini (Dikemas kini setiap tahun).

    Terdapat lebih 215 set data mengikut 17 kluster data yang boleh diakses. Antara kluster data yang boleh dirujuk seperti berikut:

    1. Penduduk
    2. Pendidikan & Kemahiran
    3. Kesihatan
    4. Sukarelawan
    5. Gejala Sosial
    6. Kelab & Persatuan
    7. Sukan & Rekreasi
    8. Kepimpinan
    9. Pengantarabangsaan
    10. Media & Teknologi
    11. Sosialisasi Politik
    12. Ekonomi
    13. Guna Tenaga
    14. Fasiliti/ Kemudahan
    15. Covid-19
    16. Industri Sukan
    17. Pembangunan Belia Positif

    Data statistik yang dimuat naik ke dalam Sistem Ydata@IYRES telah divisualisasi dengan menggunakan Perisian Tableau agar data lebih interaktif, mudah dibaca dan dianalisa. Data juga boleh dimuat turun secara pdf/excel/power point/crosstab.

    Permohonan data boleh dibuat melalui Sistem Ydata@IYRES / klik pautan perkhidmatan https://ydata.iyres.gov.my/iyresbankdataV2/www/admin/index.php?r=site/signup bagi pengguna baharu untuk membuat permohonan pengguna sistem. Bagi pengguna sedia ada sila klik pautan LOG MASUK untuk mengakses Menu Pengurusan data.

     

    KERJASAMA STRATEGIK