• #
  • Sistem Ydata @IYRES

    Sesi Bengkel Literasi Ydata@IYRES Peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi (KJA) Siri I & Kementerian Belia & Sukan (KBS) 2023

    PUTRAJAYA, 15 Jun 2023 – Sesi Bengkel Literasi Ydata@IYRES 2023 telah dilaksanakan secara fizikal di Peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi (KJA) Siri I (sesi pagi) dan Peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) (sesi petang).

     

    Bengkel ini dilaksanakan bagi menerangkan penggunaan Sistem Ydata@IYRES, Modul Pentadbiran Data (Kemasukan Data), Modul Pengurusan Data (Permohonan Data) dan Modul Mesyuarat (maklum balas dan pengesahan kehadiran mesyuarat) serta sesi hands-on kepada sistem.

     

    Ucapan kata aluan dan sesi taklimat pelaksanaan bengkel telah disampaikan oleh Encik Mohd Rizal Mohd Sham, Ketua Unit Pengurusan Data dan sesi penerangan kepada sistem telah disampaikan oleh Cik Nur Azin Azlina Razali, Eksekutif Penyelidik. Seramai 41 orang pegawai  yang mewakili focal point telah mengikuti bengkel tersebut.

     

    Sesi Bengkel Literasi Ydata@IYRES 2023 di Peringkat (KJA) bagi Siri II 2023 akan dilaksanakan pada 21 Jun 2023 secara atas talian.

    Klik untuk lihat senarai berita terkini

    KERJASAMA STRATEGIK