• #
  • Sistem Ydata @IYRES

    Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Sistem Ydata@IYRES Peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi (KJA) Bil.1/2023

    11 APRIL 2023, PUTRAJAYA - Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Sistem Ydata@IYRES Peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi (KJA) Bil.1/2023 melibatkan 84 Focal Point Ydata@IYRES yang terdiri daripada 78 pegawai daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi Luar hadir secara fizikal dan atas talian.

     

    Mesyuarat ini dilaksanakan bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit pada Mesyuarat Bil.2/ 2022 dan Pembentangan Status Semasa Pengurusan Sistem Ydata@IYRES sebagai one-stop-centre utama data statistik belia di Malaysia.

     

    Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Puan Ramona Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), KBS.

    Klik untuk lihat senarai berita terkini

    KERJASAMA STRATEGIK