15 November 2022, PUTRAJAYA - Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Sistem Ydata@IYRES Peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi (KJA) Bil.2/2022 secara fizikal dan atas talian yang melibatkan 41 Focal Point Ydata@IYRES yang terdiri daripada 78 pegawai daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi Luar.
Mesyuarat ini dilaksanakan bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit pada Mesyuarat Bil.1/ 2022 dan Pembentangan Status Semasa Pengurusan Sistem Ydata@IYRES sebagai one-stop-centre utama data statistik belia di Malaysia.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Puan Ramona Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), KBS dan dihadiri seramai 12 orang kakitangan IYRES.