• #
  • Sistem Ydata @IYRES

    Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Sistem Ydata@IYRES Peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Bil.2/2022

    20 Oktober 2022, PUTRAJAYA - Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Sistem Ydata@IYRES Peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Bil.2/2022 melibatkan 13 Focal Point Ydata@IYRES yang terdiri daripada 16 pegawai daripada Bahagian/ Jabatan/ Agensi KBS.

     

    Mesyuarat ini dilaksanakan bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit pada Mesyuarat Bil.1/2022 dan Pembentangan Status Semasa Pengurusan Sistem Ydata@IYRES sebagai one-stop-centre utama data statistik belia di Malaysia.

     

    Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif, IYRES dan dihadiri seramai 8 orang kakitangan IYRES.

    Klik untuk lihat senarai berita terkini

    KERJASAMA STRATEGIK