deneme bonusu deneme bonusu
deneme bonusu deneme bonusu
Sistem Ydata @IYRES

Mesyuarat Penyelarasan Sistem Ydata@IYRES Peringkat Kementerian/Jabatan/Agensi Bil. 1/2019 - Focal Point Rentas Pelaksana

PUTRAJAYA, 3 MEI 2019 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah melaksanakan Mesyuarat Penyelarasan Sistem Ydata@IYRES Bilangan 1 bagi tahun 2019. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Pn. Ramona Binti Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan dengan turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Zainah Binti Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES.

Mesyuarat kali ini telah dihadiri seramai 74 orang focal point daripada 28 kementerian, jabatan dan agensi dalam mengemaskini data-data terbaru untuk dimasukkan ke dalam sistem tersebut. Mesyuarat kali ini turut berkongsi kepada para focal point berkenaan Sistem e-MYInd yang merupakan satu sistem pemantauan program dan aktiviti belia secara bersepadu merentas pelaksana pembangunan belia di Malaysia. Selain itu, mesyuarat ini turut menjadi platform kepada para focal point dalam berkongsi idea, cadangan dan pandangan mereka dalam mempertingkatkan lagi Sistem Ydata@IYRES. Selain itu, status pengumpulan, pengemaskinian serta permohonan data baru merupakan perkara yang dibincangkan sewaktu mesyuarat.  Sistem atas talian ini boleh dilayari di pautan https://ydata.iyres.gov.my/ secara percuma oleh orang awam, atau dimuat turun terus ke peranti mudah alih menerusi Google Play Store dan Apple App Store.

 

Disediakan oleh:

Siti Nur Hidayah Ismail

sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

 

Disunting oleh:

Mohd Rizal Mohd Sham

rizal[at]iyres.gov.my

Klik untuk lihat senarai berita terkini

KERJASAMA STRATEGIK
deneme bonusu deneme bonusu