• #
  • Sistem Ydata @IYRES

    Mesyuarat Penyelarasan Sistem Ydata@IYRES Bil. 1/2017



    PUTRAJAYA, 29 MAC 2017 - YBrs. Dr. Zainah Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua wakil kementerian dan agensi yang telah hadir ke Mesyuarat Penyelarasan Sistem Ydata@IYRES Bil. 1/2017 yang dipengerusikan oleh YBrs. Pn. Haslina Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 4, Menara KBS.

    Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil-wakil daripada pelbagai kementerian dan agensi kerajaan iaitu Kementerian Pendidikan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pembangunan Wanita, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Insolvensi, Jabatan Perangkaan, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Agensi Antidadah Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam.
     

    Disediakan oleh:
    Siti Nur Hidayah Ismail
    sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

    Disunting oleh:
    Wan Nor Iza Mohd Nor
    nor.iza[at]iyres.gov.my

    Klik untuk lihat senarai berita terkini

    KERJASAMA STRATEGIK