• #
  • Sistem Ydata @IYRES

    Kunjung Hormat ke Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti


    PUTRAJAYA, 14 MAC 2017 – Satu kunjung hormat telah diadakan ke Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti di Galeria, Putrajaya sebagai inisiatif untuk menjadikan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) sebagai sebuah institut penyelidikan pembangunan belia yang utama di peringkat nasional.

    Sesi kunjung hormat ini bertujuan untuk menjana potensi kerjasama serta perkongsian maklumat dan statistik berkaitan belia serta diharapkan dapat membantu IYRES dalam mempertingkatkan kualiti penyelidikan yang dilaksanakan. Sesi kunjung hormat ini telah diketuai oleh Dr. Zainah Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES bersama eksekutif penyelidik kanan dan disambut oleh En. Shabudin Man, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Politeknik bersama dengan para pegawai Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
     
    Disediakan oleh:
    Siti Nur Hidayah Ismail
    sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

    Disunting oleh:
    Wan Nor Iza Mohd Nor
    nor.iza[at]iyres.gov.my

    Klik untuk lihat senarai berita terkini

    KERJASAMA STRATEGIK