*Klik pada soalan untuk mengeluarkan jawapan.

Ia bermaksud “Kenapa data belia perlu dirujuk di IYRES” dan “Data Belia ada di IYRES” menyatakan  Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) sebagai pusat penyelidikan belia yang unggul di Malaysia serta dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Belia dan Sukan selaras dengan Dasar Belia Malaysia (DBM) sebagai focal point rujukan data-data statistik belia Malaysia daripada pelbagai sumber kepada semua peringkat.

Ydata@IYRES diwujudkan sebagai sebuah One-Stop-Centre pusat pencarian data statistik dalam bidang pembangunan belia Malaysia.

i.    Memudahkan capaian data belia dan menjimatkan masa.
   
ii.    Mengurangkan kos dan tenaga kerja.
   
iii.    Mengurangkan proses mendapatkan maklumat data belia.

vi.    Penjanaan laporan data mengikut keperluan pengguna. 

v.    Memperoleh maklumat data yang terkini (Dikemas kini setiap tahun).
    

Terdapat lebih 40 jenis data yang disenaraikan yang boleh diakses oleh semua orang yang mana diperoleh daripada pelbagai Kementerian, Jabatan dan Agensi. Antara data-data belia yang boleh dirujuk seperti berikut:
 
i.    Data Penduduk Belia.

ii.    Data Pendidikan Belia.

iii.    Data Kesihatan Belia.

iv.    Data Sukarelawan Belia.

v.    Data Gejala Sosial Belia.

Para pengguna dapat melihat data-data belia mengikut senarai yang disediakan. Selain itu terdapat butang untuk memuat turun dan mencetak mengikut jenis data yang disediakan.

Permohonan data atau sebarang pertanyaan boleh diajukan secara atas talian atau secara bertulis dan hantarkan ke alamat seperti berikut:

Ketua Pegawai Eksekutif,
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62570 Putrajaya.
E-mel: ydata@iyres.gov.my
Tel: 03 – 8871 3417
Faks: 03 – 8871 3342
Tuan/Puan juga boleh datang ke Pejabat IYRES di Putrajaya untuk sebarang perbincangan lanjut.

FOCAL POINT