Skip to main content

Soalan Lazim

Jawapan terperinci untuk soalan utama anda mengenai sistem data belia.

APAKAH ITU YDATA?

Sistem Ydata merupakan sebuah platform yang menempatkan data-data berkaitan belia (one-stop-centre) melalui kerjasama dengan penglibatan Focal Point Data atau Pembekal Data Belia daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi (KJA). Setiap Kementerian/ Jabatan/ Agensi (KJA) berkaitan telah melantik Focal Point untuk menyalurkan data-data belia kepada IYRES secara berjadual mengikut kategori data yang dimiliki.

BAGAIMANAKAH CARA MENGAKSES SISTEM YDATA?

Sistem ini boleh diakses melalui URL https://ydata.iyres.gov.my/.

APAKAH FAEDAH DAN MANFAAT YDATA YANG BOLEH DIPEROLEHI?

i.    Memudahkan capaian data belia serta menjimatkan masa.
ii.    Mengurangkan kos dan tenaga kerja.
iii.    Penjanaan laporan data mengikut keperluan pengguna. 
vi.    Memperoleh maklumat data yang terkini.

APAKAH JENIS-JENIS DATA YANG BOLEH DIRUJUK?

Terdapat 19 kluster data yang boleh diakses. Antara kluster data yang boleh dirujuk seperti berikut:

  1. Penduduk
  2. Pendidikan & Kemahiran
  3. Kesihatan
  4. Sukarelawan
  5. Sosial
  6. Kelab & Persatuan
  7. Sukan & Rekreasi
  8. Kepimpinan
  9. Pengantarabangsaan
  10. Media & Teknologi
  11. Sosialisasi Politik
  12. Ekonomi
  13. Guna Tenaga
  14. Fasiliti/ Kemudahan
  15. Covid-19
  16. Industri
  17. Pembangunan Belia Positif
  18. Perpaduan
  19. Keselamatan
APAKAH KELEBIHAN DATA STATISTIK DALAM SISTEM YDATA?

Data statistik yang dimuat naik ke dalam Sistem Ydata telah divisualisasikan menggunakan perisian Tableau bagi menjadikan data lebih interaktif, mudah dibaca dan dianalisis. Data juga boleh dimuat turun dalam format PDF, Excel dan PowerPoint bagi setiap set data.

BAGAIMANAKAH CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN DATA?

Permohonan data boleh dibuat melalui Sistem Ydata.

Bagi pengguna baharu, sila klik pautan berikut untuk mendaftar sebagai pengguna sistem:

https://ydata.iyres.gov.my/iyresbankdataV2/www/admin/index.php?r=site/signup

Bagi pengguna sedia ada, sila klik pautan LOG MASUK untuk mengakses Menu Pengurusan Data.