Skip to main content

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Sistem Ydata Peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi (KJA) Bil.1/2026

21 Mei 2026, PUTRAJAYA - Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Sistem Ydata Peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi (KJA) Bil.1/2026 secara dalam talian, melibatkan Focal Point Ydata yang terdiri daripada 98 orang pegawai Kementerian/ Jabatan/ Agensi (KJA).

Mesyuarat ini dilaksanakan bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit pada Mesyuarat Bil.2/2025, Pembentangan Status Semasa Pengurusan Sistem Ydata serta Cadangan Data Baharu.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Puan Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan (KBS).