Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Sistem Ydata Peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Bil.1/2026
23 APRIL 2026, PUTRAJAYA - Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Sistem Ydata Peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Bil.1/2026 secara dalam talian, melibatkan Focal Point Ydata yang terdiri daripada 35 orang pegawai Bahagian/ Jabatan/ Agensi KBS.
Mesyuarat ini dilaksanakan bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit pada Mesyuarat Bil.2/2025, Pembentangan Status Semasa Pengurusan Sistem Ydata serta Cadangan Data Baharu.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan 1, IYRES.