TEGLAB Siri 3/ 2025: Kursus Visualisasi Tableau (Intermediate)

IYRES MENGANJURKAN TEGLAB SIRI 3/ 2025:  KURSUS VISUALISASI TABELAU (INTERMEDIATE)

 

SELANGOR, 9–10 September 2025 - TEGLAB Siri 3/ 2025: Kursus Visualisasi Tableau (Intermediate) anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah berjaya dilaksanakan selama dua hari bertempat di Park Inn by Radisson Putrajaya, Kajang, Selangor.

 

Kursus ini dikendalikan oleh Encik Abdul Hakim Mohammad, Data Visualization Engineer daripada Opensoft Technologies Sdn. Bhd., dengan penyertaan seramai 18 peserta daripada pelbagai kementerian, jabatan, agensi, IPT, NGO serta kerajaan negeri.

 

Sepanjang kursus, peserta telah didedahkan kepada pengenalan kepada Intermediate Tableau Features, teknik Data Visualization serta penggunaan Calculated Fields & Parameter, aplikasi Data Analytics, pembangunan dashboard interaktif menggunakan Tableau.

 

Penganjuran ini merupakan siri ketiga sekaligus penutup TEGLAB tahun 2025. Melalui inisiatif TEGLAB, literasi peserta dalam pengurusan serta visualisasi data dapat ditingkatkan di samping memperkukuh kesedaran tentang kepentingan data dan pembudayaan fakta. Program ini juga berperanan membekalkan peserta dengan kemahiran analitik bernilai tinggi dan relevan dalam persekitaran kerja masa kini.

Klik untuk lihat senarai berita terkini

KERJASAMA STRATEGIK