TEGLAB Siri 2/ 2025: Kursus Visualisasi Tableau (Beginner)

PENGANJURAN TEGLAB DITERUSKAN DENGAN PELAKSANAAN TEGLAB SIRI 2/2025: KURSUS VISUALISASI TABLEAU (BEGINNER)

 

SELANGOR, 17 & 18 JUN 2025 - TEGLAB Siri 2/ 2025: Kursus Visualisasi Tableau (Beginner) telah selesai dilaksanakan selama dua hari bertempat di Park Inn by Radisson Putrajaya, Kajang, Selangor anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES).

 

Kursus ini dikendalikan oleh penceramah Encik Abdul Hakim Mohammad, Data Visualization Engineer daripada Opensoft Technologies Sdn Bhd melibatkan seramai 29 peserta terdiri daripada kementerian/ jabatan/ agensi/ IPT/ NGO dan kerajaan negeri. Peserta telah didedahkan dengan pengenalan kepada Tableau Desktop, cara untuk calculated fields & parameter dan seterusnya membangunkan dashboard  menggunakan visualisasi Tableau sepanjang kursus berlangsung.

 

Penganjuran kursus ini merupakan pelaksanaan siri ke dua bagi tahun 2025 melalui inisiatif TEGLAB dalam meningkatkan literasi dalam kalangan masyarakat berkaitan pengurusan dan visualisasi data di samping memberi kesedaran tentang kepentingan data dan pembudayaan fakta melalui program latihan, pendidikan serta mempunyai kemahiran analitik yang bernilai tinggi dan relevan dalam persekitaran kerja.

Klik untuk lihat senarai berita terkini

KERJASAMA STRATEGIK