TEGLAB SIRI 1/2025: Kursus Visualisasi Power BI (Beginner) 

IYRES MENERUSKAN PENGANJURAN TEGLAB SIRI 1/2025: KURSUS VISUALISASI POWER BI DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGURUSAN DATA YANG EFEKTIF

 

SELANGOR, 6 & 7 MEI 2025 - TEGLAB SIRI 1/2025: Kursus Visualisasi Power BI (Beginner) telah selesai dilaksanakan selama dua hari bertempat di Park Inn by Radisson Putrajaya, Kajang, Selangor anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES).

 

Kursus ini dikendalikan oleh penceramah Encik Fikri Radhi, Data Analyst & HRDC Accredited Trainer daripada MyAnalytica Solution melibatkan seramai 30 peserta terdiri daripada kementerian/ jabatan/ agensi dan kerajaan negeri. Peserta telah didedahkan dengan pengenalan kepada Power BI, cara menghubungkan data daripada pelbagai sumber, Transformation, Data Query dan seterusnya membangunkan dashboard  menggunakan visualisasi Power BI sepanjang kursus berlangsung.

 

Penganjuran kursus ini merupakan pelaksanaan tahun ke tiga melalui inisiatif TEGLAB dalam meningkatkan literasi dalam kalangan masyarakat berkaitan pengurusan dan visualisasi data di samping memberi kesedaran tentang kepentingan data dan pembudayaan fakta melalui program latihan, pendidikan serta mempunyai kemahiran analitik yang bernilai tinggi dan relevan dalam persekitaran kerja.

Klik untuk lihat senarai berita terkini

KERJASAMA STRATEGIK