Skip to main content

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Sistem Ydata Peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi (KJA) Bil.2/2024 

19 NOVEMBER 2024, PUTRAJAYA - Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Sistem Ydata Peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi (KJA) Bil.2/2024 secara atas talian melibatkan Focal Point Ydata yang terdiri daripada 87 orang pegawai KJA.

 

Mesyuarat ini dilaksanakan bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit pada Mesyuarat Bil.1/2024, Pembentangan Status Semasa Pengurusan Sistem Ydata serta Status Cadangan Data.

 

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Puan Ramona Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan.