Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Sistem Ydata@IYRES Peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi (KJA) Bil.1/2024 

14 MEI 2024, PUTRAJAYA - Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Sistem Ydata@IYRES Peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi (KJA) Bil.1/2024 secara fizikal dan atas talian melibatkan Focal Point Ydata@IYRES yang terdiri daripada 72 orang pegawai KJA.

 

Mesyuarat ini dilaksanakan bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit pada Mesyuarat Bil.2/2023, Pembentangan Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030, Pembentangan Status Semasa Pengurusan Sistem Ydata@IYRES serta Status Cadangan Data.

 

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Puan Ramona Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan.

Klik untuk lihat senarai berita terkini

KERJASAMA STRATEGIK