PUTRAJAYA, 21 Jun 2023 – Sesi Bengkel Literasi Ydata@IYRES Peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi (KJA) Siri II 2023 telah dilaksanakan secara atas talian.
Bengkel ini dilaksanakan bagi menerangkan penggunaan Sistem Ydata@IYRES, Modul Pentadbiran Data (Kemasukan Data), Modul Pengurusan Data (Permohonan Data) dan Modul Mesyuarat (maklum balas dan pengesahan kehadiran mesyuarat) serta sesi hands-on kepada sistem.
Ucapan kata aluan dan sesi taklimat pelaksanaan bengkel telah disampaikan oleh Encik Mohd Rizal Mohd Sham, Ketua Unit Pengurusan Data dan sesi penerangan kepada sistem telah disampaikan oleh Cik Nur Azin Azlina Razali, Eksekutif Penyelidik. Seramai 35 orang pegawai yang mewakili focal point telah mengikuti bengkel tersebut.
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA
Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62570 Putrajaya.
Tel: +603-8871 3417/3035/3389/3152 | Faks: +603-8871 3342 | Emel: info@iyres.gov.my | Dasar Privasi