11 APRIL 2023, PUTRAJAYA - Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Sistem Ydata@IYRES Peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi (KJA) Bil.1/2023 melibatkan 84 Focal Point Ydata@IYRES yang terdiri daripada 78 pegawai daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi Luar hadir secara fizikal dan atas talian.
Mesyuarat ini dilaksanakan bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit pada Mesyuarat Bil.2/ 2022 dan Pembentangan Status Semasa Pengurusan Sistem Ydata@IYRES sebagai one-stop-centre utama data statistik belia di Malaysia.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Puan Ramona Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), KBS.
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA
Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62570 Putrajaya.
Tel: +603-8871 3417/3035/3389/3152 | Faks: +603-8871 3342 | Emel: info@iyres.gov.my | Dasar Privasi