Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Sistem Ydata@IYRES Peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Bil.1/2022 

22 Mac 2022, PUTRAJAYA - Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Sistem Ydata@IYRES Peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Bil.1/2022 secara atas talian yang melibatkan 19 Focal Point Ydata@IYRES daripada Bahagian/ Jabatan/ Agensi KBS.

 

Mesyuarat ini dilaksanakan bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit pada Mesyuarat Bil.2/ 2021 dan Pembentangan Status Semasa Pengurusan Sistem Ydata@IYRES sebagai one-stop-centre utama data statistik belia di Malaysia.

 

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, KPE IYRES dan dihadiri seramai 21 orang pegawai KBS dan 10 orang kakitangan IYRES.

Klik untuk lihat senarai berita terkini

KERJASAMA STRATEGIK