Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Sistem Ydata@IYRES Peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Bil.2/ 2021

25 Oktober 2021, PUTRAJAYA - telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Sistem Ydata@IYRES Peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) secara fizikal dan virtual yang melibatkan 18 Focal Point Ydata@IYRES daripada Bahagian/ Jabatan/ Agensi KBS.

Mesyuarat ini dilaksanakan bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit pada Mesyuarat Bil.1/ 2021, Pembentangan Status Semasa Pengurusan Sistem Ydata@IYRES dan Pembentangan Modul Baharu Sistem Ydata@IYRES. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, KPE IYRES dan dihadiri seramai 18 orang pegawai KBS dan 10 orang kakitangan IYRES.

Klik untuk lihat senarai berita terkini

KERJASAMA STRATEGIK