Pemerkasaan Sistem Ydata@IYRES Menerusi Mesyuarat Penyelarasan Bersama Focal Point Kementerian Dan Agensi

PUTRAJAYA, 20 MAC 2018 –Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Sistem Ydata@IYRES Peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang dipengerusikan oleh YBrs. Pn. Ramona Mohd. Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan.

 

Mesyuarat ini merupakan adalah kali pertama bagi tahun 2018 dan diadakan dua kali setahun. Seramai 32 orang Focal Point daripada 24 Kementerian/ Jabatan/ Agensi telah hadir iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pertahanan (MINDEF), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Luar Negeri (KLN),  Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Penjara Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) dan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).

 

Platform ini menyediakan ruang untuk IYRES bersama Focal Point berkongsi  pandangan, cadangan dan idea mengenai jenis-jenis data yang boleh dijadikan rujukan oleh semua pihak dan memastikan Sistem Ydata@IYRES dapat dicapai dengan mudah oleh orang ramai.

 

IYRES amat mengharapkan agar kerjasama ini dapat dimanfaatkan oleh semua pemegang taruh pembangunan belia dalam merangka dan melaksana program-program yang berimpak tinggi bagi meningkatkan lagi penyerlahan potensi belia Malaysia.

 

Disediakan oleh:

Siti Nur Hidayah Ismail

sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

 

Disunting oleh:

Noor Afifah Johari

afifah[at]iyres.gov.my

Klik untuk lihat senarai berita terkini

KERJASAMA STRATEGIK