CYBERJAYA, 8 MEI 2017 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mencipta jalinan kerjasama dalam memperkasa pengumpulan statistik data belia dan keperluan kajian kesejahteraan belia secara berterusan. Sesi kunjung hormat di Menara Hasil ini memfokuskan peranan IYRES sebagai satu-satunya pusat penyelidikan yang menjadikan belia sebagai subjek utama di samping turut menyediakan perkhidmatan rundingan kajian berkaitan dalam pembangunan belia Malaysia. Perkongsian data antara IYRES dan LHDN turut menjadi keutamaan sesi ini yang menyumbang kepada pengurusan data IYRES melibatkan Ydata@IYRES dalam menambahbaik data-data belia terkini.
Hasil yang positif berjaya dicapai melalui pertemuan kedua-dua agensi ini dengan pertemuan lanjut akan diadakan bagi memantapkan kajian IYRES dan diharapkan kerjasama ini mampu memberi manfaat kepada komuniti belia Malaysia.
Disediakan oleh:
Siti Nur Hidayah Ismail
sitinurhidayah[at]iyres.gov.my
Disunting oleh:
Wan Nor Iza Mohd Nor
nor.iza[at]iyres.gov.my
Klik untuk lihat senarai berita terkini