Skip to main content

Pengenalan Sistem Ydata

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang berperanan sebagai pusat rujukan utama (focal point) bagi penyelidikan dan statistik berkaitan belia, selaras dengan ketetapan dalam Dasar Belia Malaysia (DBM) 2015.

Sejajar dengan peranan tersebut, IYRES telah mengambil inisiatif membangunkan sebuah platform yang dikenali sebagai Sistem Ydata (https://ydata.iyres.gov.my), yang berfungsi sebagai pusat sehenti (one-stop centre) bagi pengumpulan dan penyelarasan data berkaitan belia. Platform ini dibangunkan melalui kerjasama strategik dengan Kementerian, Jabatan dan Agensi (KJA) yang berperanan sebagai pembekal data.

Setiap Kementerian, Jabatan dan Agensi (KJA) berkaitan telah melantik wakil sebagai Focal Point bagi menyalurkan data-data belia kepada IYRES secara berkala, mengikut kategori data yang dimiliki.