• #
  • Sistem Ydata @IYRES

    Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Sistem Ydata@IYRES Peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi (KJA) Bil.2/2022

     

     

    15 November 2022, PUTRAJAYA - Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Sistem Ydata@IYRES Peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi (KJA) Bil.2/2022 secara fizikal dan atas talian yang melibatkan 41 Focal Point Ydata@IYRES yang terdiri daripada 78 pegawai daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi Luar.
     
    Mesyuarat ini dilaksanakan bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit pada Mesyuarat Bil.1/ 2022 dan Pembentangan Status Semasa Pengurusan Sistem Ydata@IYRES sebagai one-stop-centre utama data statistik belia di Malaysia.
     
    Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Puan Ramona Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), KBS dan dihadiri seramai 12 orang kakitangan IYRES.

    Klik untuk lihat senarai berita terkini

    KERJASAMA STRATEGIK