• #
  • Sistem Ydata @IYRES

    Sesi Kunjungan Hormat ke Jabatan Perkhidmatan Awam Bagi Perkongsian Statistik Belia Malaysia

    PUTRAJAYA, 19 Mei 2022 - Telah berlangsung Sesi Kunjungan Hormat ke Jabatan Pekhidmatan Awam Bagi Perkongsian Statistik Belia Malaysia yang dipengerusikan oleh YBrs. Dr Anesee Ibrahim, Pengarah Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar.

     

    Sesi perkongsian telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pengarah Ekskutif, IYRES. Antara input yang dibentangkan adalah peranan serta fungsi IYRES dan Hub Data Belia Malaysia khususnya Hub Statistik (Sistem Ydata@IYRES).

     

    Turut hadir ke sesi ini seramai 7 pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam dan 2 pegawai IYRES.

    Klik untuk lihat senarai berita terkini

    KERJASAMA STRATEGIK