• #
  • Sistem Ydata @IYRES

    Sesi Bengkel Literasi Ydata@IYRES Peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi (KJA) 2022

    PUTRAJAYA, 13 dan 14 Oktober 2022 – Sesi Bengkel Literasi Ydata@IYRES Peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi (KJA) 2022 bersama 27 Focal Point Kementerian/ Jabatan/ Agensi (KJA) telah dilaksanakan bagi menerangkan penggunaan Sistem Ydata@IYRES, Modul Pentadbiran Data (muat naik data) dan Modul Mesyuarat (maklum balas dan pengesahan kehadiran mesyuarat) serta sesi hands-on kepada sistem.

     

    Ucapan kata aluan telah disampaikan oleh Puan Mastura Mohamad, Ketua Cawangan Pengurusan Data dan Sesi pembentangan telah disampaikan oleh Encik Mohd Rizal Mohd Sham, Eksekutif Penyelidik. Seramai 34 orang pegawai pembekal data mewakili Kementerian/ Jabatan/ Agensi (KJA) telah mengikuti bengkel tersebut.

     

    Klik untuk lihat senarai berita terkini

    KERJASAMA STRATEGIK