• #
  • Sistem Ydata @IYRES

    Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Sistem Ydata@IYRES Peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi (KJA) Bil.1/2022

    12 April 2022, PUTRAJAYA - Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Sistem Ydata@IYRES Peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi (KJA) Bil.1/2022 secara atas talian yang melibatkan 51 Focal Point Ydata@IYRES yang terdiri daripada 81 pegawai daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi Luar.

     

    Mesyuarat ini dilaksanakan bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit pada Mesyuarat Bil.2/ 2021 dan Pembentangan Status Semasa Pengurusan Sistem Ydata@IYRES sebagai one-stop-centre utama data statistik belia di Malaysia.

     

    Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Puan Ramona Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), KBS dan dihadiri seramai 15 orang kakitangan IYRES.

    Klik untuk lihat senarai berita terkini

    KERJASAMA STRATEGIK