• #
  • Sistem Ydata @IYRES

    Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Sistem Ydata@IYRES Peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi (KJA) Bil.2/2021

    15 NOVEMBER 2021, PUTRAJAYA: telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Sistem Ydata@IYRES Peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi (KJA) secara atas talian yang melibatkan 43 Focal Point Ydata@IYRES yang terdiri daripada 70 pegawai daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi Luar.

    Mesyuarat ini dilaksanakan bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit pada Mesyuarat Bil.2/ 2021, Pembentangan Status Semasa Pengurusan Sistem Ydata@IYRES dan Pembentangan Modul Baharu Sistem Ydata@IYRES. Buat pertama kali ini juga, jemputan di peringkat negeri juga di buat kepada Unit/ Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (UPEN/ BPEN)/ Perbadanan/ Dewan Bandaraya.

    Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Puan Ramona Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), KBS.

    Klik untuk lihat senarai berita terkini

    KERJASAMA STRATEGIK