• #
  • Sistem Ydata @IYRES

    Sesi Bengkel Literasi Ydata@IYRES Siri I-III 2021 secara virtual

    PUTRAJAYA, 7-9 Julai 2021 – Sesi Bengkel Literasi Ydata@IYRES Peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) & Kementerian/ Jabatan/ Agensi (KJA) secara virtual bersama 55 Focal Point yang dilantik telah dilaksanakan bagi menerangkan penggunaan Sistem Ydata@IYRES, Modul Statistik dan e-Mesyuarat serta sesi hand-on kepada sistem. Ucapan kata aluan telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, KPE IYRES. Seramai 79 orang pegawai pembekal data mewakili KBS dan KJA telah mengikuti bengkel tersebut.

    Sesi pembentangan berkaitan Pengenalan Hub Statistik Sistem Ydata@IYRES telah disampaikan oleh Puan Mastura Mohamad, Eksekutif Penyelidik Kanan dan pembentangan berkaitan Sistem Ydata@IYRES telah disampaikan oleh Encik Mohd Rizal Mohd Sham, Eksekutif Penyelidik. Manakala ucapan penutup bengkel telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Saripah Osman, Pengurus Bahagian Perancangan dan Strategik, IYRES.

    Klik untuk lihat senarai berita terkini

    KERJASAMA STRATEGIK