• #
  • Sistem Ydata @IYRES

    Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Ydata@IYRES Peringkat KBS Bil.2/2018

    PUTRAJAYA, 14 SEPTEMBER 2018 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) sentiasa berusaha memperkasa data belia selaras dengan peranannya sebagai pusat hub data belia nasional. Sehubungan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Sistem Ydata@IYRES di Peringkat KBS kali kedua bagi tahun 2018 yang telah diadakan pada 14 September 2018 telah memberi peluang kepada focal point untuk memberikan idea, cadangan dan pandangan bagi menambahbaik pelaksanaan hub data belia ini supaya penggunaannya dapat dipertingkatkan dengan lebih meluas.

    Mesyuarat yang dilaksanakan secara berkala ini merupakan platform untuk IYRES memantau dan menyelaras data yang dibekalkan diperingkat KBS melalui focal point yang dilantik. Sehingga kini, IYRES telah memuat naik 100 set data yang mewakili 12 kategori data iaitu Penduduk, Kesihatan, Sukan, Usahawan, Pendidikan, Persatuan, Sukarelawan, Kepimpinan, Gejala Sosial, Patriotisme, Media & Teknologi dan Lain-lain. Sistem ini boleh di akses oleh orang awam melalui capaian https://ydata.iyres.gov.my.

    Seramai 17 orang Focal Point Sistem Ydata@IYRES daripada Jabatan, Bahagian dan Agensi KBS telah menghadiri mesyuarat tersebut.

     

    Disediakan oleh:

    Muhammad Hadi Muhamad Nafis

    hadi[at]iyres.gov.my

     

    Disunting oleh:

    Noor Afifah Johari

    afifah[at]iyres.gov.my

    Klik untuk lihat senarai berita terkini

    KERJASAMA STRATEGIK