• #
  • Sistem Ydata @IYRES

    IYRES & ICU Perkukuh Gabungan



    PUTRAJAYA, 4 JULAI 2017 - Jalinan perancangan strategik IYRES diteruskan dengan Sesi Kunjung Hormat ke Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM). Sesi ini bertujuan untuk membentuk kolaborasi bersama ICU berkenaan perkongsian data belia serta kerjasama dalam perancangan program antara agensi selaras dengan saranan kerajaan untuk mengaplikasi strategi lautan biru Kebangsaan (NBOS).
     
    Pihak ICU diwakili oleh Datuk Zolkopli Dahalan, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pembangunan Strategik ICU menyambut positif perbincangan untuk perkongsian pintar yang berkaitan data belia. IYRES & ICU juga merangka pelan untuk usahasama bagi meningkatkan pembangunan belia Malaysia.
     
    Pasukan IYRES yang diketuai oleh Dr. Zainah Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES melahirkan penghargaan atas kesudian pihak ICU memberi kerjasama yang sangat baik untuk sesi ini dan diharapkan jalinan ini dapat dilestarikan untuk jangka masa panjang.

     

    Disediakan oleh:
    Siti Nur Hidayah Ismail
    sitinurhidayah[at]iyres.gov.my
     
    Disunting oleh:
    Zuarini Jumai
    zuarini[at]iyres.gov.my

    Klik untuk lihat senarai berita terkini

    KERJASAMA STRATEGIK