• #
  • Sistem Ydata @IYRES

    Pemerkasaan Data Belia Malaysia Secara Berkala Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Ydata@IYRES Peringkat Kementerian Dan Agensi Bil. 2/2018

    PUTRAJAYA, 18 OKT 2018 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) sentiasa berusaha memperkasa data belia seluruh selaras dengan peranannya sebagai hub data belia nasional. Sehubungan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Sistem Ydata@IYRES Peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi kali kedua bagi tahun 2018 telah diadakan pada 18 Oktober 2018 yang dipengerusikan oleh Ybrs. Puan Ramona Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha Strategik, Kementerian Belia dan Sukan.

    Mesyuarat ini telah dihadiri seramai 37 orang wakil daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang telah dilantik sebagai Focal Point Sistem Ydata@IYRES. Ini merupakan platform utama bagi pihak IYRES memantau dan menyelaras data-data yang dibekalkan secara rutin oleh Focal Point. Sehingga 17 Oktober 2018, sebanyak 100 set data telah dimuat naik ke dalam Sistem Ydata@IYRES yang mewakili 12 kategori set data (Penduduk, Kesihatan, Kepimpinan, Gejala Sosial, Patriotism, Pendidikan, Persatuan, Sukarelawan, Media & Teknologi, Persatuan, Usahawan dan Sukan).

    Sehubungan itu juga, selain membekalkan data, mesyuarat ini turut memberikan peluang kepada Focal Point untuk memberikan idea, cadangan dan pandangan bagi menambahbaik pelaksanaan hub data belia ini supaya ianya dapat dipertingkatkan penggunaan ke peringkat yang lebih luas. Kerjasama daripada semua yang terlibat melancarkan lagi pengumpulan data-data belia untuk kepentingan dan kegunaan pihak berkaitan. Sistem ini boleh di akses oleh orang awam melalui capaian https://ydata.iyres.gov.my.

    Disediakan oleh:
    Muhammad Hadi Muhamad Nafis
    hadi[at]iyres.gov.my

    Disunting oleh:
    Noor Afifah Johari
    afifah[at]iyres.gov.my

    Klik untuk lihat senarai berita terkini

    KERJASAMA STRATEGIK