• #
  • Sistem Ydata @IYRES

    Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Ydata@IYRES Peringkat KBS Perkemas Data Belia Nasional

    PUTRAJAYA, 15 MAC 2017 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) sentiasa berusaha memperkasa data belia selaras dengan peranannya sebagai pusat hub data belia nasional. Sehubungan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Sistem Ydata@IYRES di Peringkat KBS yang telah dihadiri seramai 17 orang wakil daripada Jabatan/Bahagian/Agensi KBS yang telah dilantik sebagai Focal Point Sistem Ydata@IYRES telah diadakan pada 15 Mac 2018.

    Mesyuarat ini diadakan dua kali setahun dan merupakan platform untuk IYRES memantau akan kebolehgunaan hub data ini ke peringkat yang lebih luas. Secara tidak langsung juga ia memberikan peluang kepada Focal Point untuk memberikan idea, cadangan dan pandangan untuk menambahbaik pelaksanaan hub data belia selain daripada berkongsi data-data yang dicadangkan untuk dimuat naik ke dalam Sistem Ydata@IYRES supaya ianya lebih interaktif dan informatif.

    Disediakan oleh:

    Siti Nur Hidayah Ismail

    sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

     

    Disunting oleh:

    Noor Afifah Johari

    afifah[at]iyres.gov.my

    Klik untuk lihat senarai berita terkini

    KERJASAMA STRATEGIK