• #
  • Sistem Ydata @IYRES

    Lembaran Baru IYRES & SKMM


     
    CYBERJAYA, 24 JULAI 2017 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) terus mengorak langkah dalam menjenamakan serta memperkenalkan fungsinya dengan sesi kunjung hormat ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) baru-baru ini.

    Sesi ke SKMM ini berfokuskan kepada kolaborasi data serta maklumat yang boleh dimasukkan ke dalam Sistem Ydata@IYRES sebagai usaha memperkayakan lagi sistem tersebut yang juga merupakan hab data belia di peringkat nasional. Selain itu, kerjasama berteraskan program pembangunan belia turut dibincangkan bagi menyahut seruan kerajaan jalinan pelbagai agensi menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

    Hasil perbincangan yang diterima daripada pihak SKMM adalah amat positif serta disambut baik dengan perkongsian data yang boleh dimanfaatkan kepada kedua-dua agensi dalam memperkasakan agensi masing-masing. IYRES mengharapkan pertemuan ini akan membuka satu lembaran baru ke arah kerjasama yang kukuh bersama SKMM bagi terus menjuarai pembangunan belia Malaysia.

     

    Disediakan oleh:
    Siti Nur Hidayah Ismail
    sitinurhidayah[at]iyres.gov.my
     
    Disunting oleh:
    Zuarini Jumai
    zuarini[at[iyres.gov.my

    Klik untuk lihat senarai berita terkini

    KERJASAMA STRATEGIK