• #
  • Sistem Ydata @IYRES

    Pemantapan Jaringan IYRES-PJS untuk Pembangunan Belia dan Sukan


    BUKIT JALIL, 21 APRIL – Jaringan usahasama Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) diteruskan dengan sesi kunjung hormat ke pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) sebagai penyebarluasan peranan IYRES sebagai sebuah institusi penyelidikan belia utama di Malaysia. Sesi ini bertujuan untuk memperkuatkan jalinan kerjasama sedia ada terutamanya dalam perkongsian data belia untuk dimuatnaik ke Sistem Ydata@IYRES secara real-time untuk data belia terkini yang komprehensif. Perkongsian data ini akan tertumpu kepada fungsi PJS sebagai badan induk yang mendaftar persatuan dan kelab sukan di Malaysia.

    Sistem Ydata@IYRES merupakan platform untuk rujukan pelbagai pemegang taruh belia secara khusus dalam pembangunan belia Malaysia dan data-data belia ini adalah integrasi data daripada pelbagai kementerian dan agensi yang mempunyai data berkaitan belia.   YBrs. Dr. Zainah Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif mewakili IYRES ke pertemuan ini dan PJS diwakili oleh YBhg. Dato’ Zaiton Othman, Pesuruhjaya Sukan.
     
    Disediakan oleh:
    Siti Nur Hidayah Ismail
    sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

    Disunting oleh:
    Wan Nor Iza Mohd Nor
    nor.iza[at]iyres.gov.my
     

    Klik untuk lihat senarai berita terkini

    KERJASAMA STRATEGIK