• #
  • Sistem Ydata @IYRES

    Hubungan Dua Hala IYRES dan Bank Negara Malaysia


    KUALA LUMPUR, 17 APRIL 2017 –  Sebagai sebuah institusi yang berfungsi sebagai pusat penyelidikan berkaitan pembangunan belia di Malaysia,  Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah melebarkan jaringan hubungan melalui usahasama berkonsepkan Blue Ocean Strategy yang menggabungkan pelbagai agensi bagi tujuan pengumpulan data  dan perkongsian maklumat yang boleh dimanfaatkan untuk penyelidikan pembangunan belia Malaysia.

    IYRES bersama Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA), Kementerian Sumber Manusia telah mengadakan satu kunjung hormat ke Jabatan Perkhidmatan Statistik, Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tujuan perkongsian maklumat dan kerjasama secara berterusan demi pembangunan belia Malaysia. Melalui jaringan kerjasama ini usaha IYRES untuk meningkatkan dapatan data belia bagi dimuatnaik dalam Ydata@IYRES bagi pelbagai kategori akan lebih efisyen dan lebih menyeluruh serta sentiasa mempunyai data-data yang terkini.
     
    Gambar atas, berdiri dari kiri: Cik Nur Azin Azlina Razali (IYRES), Pn. Shahhanim Yahya (IYRES), Pn. Mastura Mohamad (IYRES), En. Yew Tek Wooi (BNM), En. Baharuddin Mamat (BNM), En. Kumaresan a/l Manikam (ILMIA), En. Shah Romnizam Ramli (IYRES), En. Tai Chin Chuen (BNM).
     
    Disediakan oleh:
    Siti Nur Hidayah Ismail
    sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

    Disunting oleh:
    Wan Nor Iza Mohd Nor
    nor.iza[at]iyres.gov.my

    Klik untuk lihat senarai berita terkini

    KERJASAMA STRATEGIK